Hukum Gosok Gigi Pada Bulan Puasa

Wednesday, August 3, 2011

بسم الله الرحمن الرحيم

Jam sudah pun menunjukkan pukul 11.40 pagi. dan hari ni merupakan hari ke-3 umat islam berpuasa dalam bulan Ramadhan. rasa sekejap je, adakah korang manfaatkan 3 hari tersebut termasuk hari ni?

Well, hari ini macam tak ada apa apa sangat nak bagitahu, cuma nak inform tentang hukum gosok gigi ketika puasa. setelah mentelaah artikel artikel tentang hukum gosok gigi pada bulan puasa, di sini saya telah padatkan hukum gosok gigi ke dalam entri ini.


Dalam sebuah hadis sahih Rasulullah s.a.w. bersabda “Aroma mulut orang yang puasa, lebih harum di sisi Allah dibandingkan dengan aroma minyak misik”(Muslim, Tirmidzi dll).

berdasarkan hadis diatas, ulama Syafi’i, Maliki dan Hanafi mengatakan bersiwak, termasuk juga gosok gigi adalah bertujuan untuk membersihkan mulut. tetapi hukumnya makruh setelah masuk waktu zuhur hingga ke maghrib. Melakukannya pada waktu pagi hingga siang tetap disunnahkan.

Rasulullah SAW bersabda.
Ertinya : Seandainya tidak memberatkan umatku, nescaya aku menyuruh mereka untuk bersiwak setiap kali wuduk atau setiap kali masuknya waktu solat” [Hadits Riwayat Bukhari 847, Muslim 252 semisalnya]. Namun perlu ingat, siwak Nabi adalah guna kayu sugi tanpa air dan ubat gigi. Justeru tiada kemungkinan nabi terminum atau termasuk di perut Nabi, ubat gigi.

Justeru, jika gosok gigi pakai ubat gigi, maka tatkala itulah terdapat ijtihad mengatakannya sebagai makruh kerana bimbang peluang terbatal kerana minum air kumuran dan ubat gigi. Keadaan ini berlainan dengan siwak Nabi SAW. [Gosok gigi]

Hadis diatas menerangkan bahawa Nabi SAW bersiwak setiap kali masuk waktu solat walaupun di bulan ramadhan. ini kerana bersiwak itu dapat membersihkan mulut daripada asid asid yang berlebihan di dalam mulut, walaupun hukumnya makruh untuk menggosok gigi setelah zuhur hingga maghrib. sekiranya anda hendak mempraktikkan hadis ini di bulan ramadhan, anda boleh lakukan tetapi hukumnya makruh (ditinggalkan dapat pahala, bila dilakukan tidak mendapat dosa).

Kesimpulannya, berdasarkan artikel ini antara perkara makruh ketika puasa adalah menggosok gigi setelah tergelincirnya matahari, yakni setelah masuk waktu zuhur hingga ke maghrib. dan anda disyorkan supaya menggosok gigi pada waktu pagi sebelum masuk waktu zuhur. 

p/s: Jom tengok video gosok gigi ni bangun pagi gosok gigi 

Feeling curious yet? Like to share your point of view? Just comment ツ

Comments
28 Comments

28 Comment(s):

Syuxer said...

info yang menarik..ramai yang tidak tahu hal ini..:)

asnizaziz said...

gosok gigi ikut sunnah Nabi. ^^

SoLy SoLicious said...

ha.. info menarik... :)

Afuan Shah said...

ouh..begitu..
terima kaseh abg man.haha
tak makan xpa kot x gosok gigi antara zohor-maghrib..:)

NorHalizah said...

ohhh..thanks for the info.

Luqeem™ said...

syuxer: tq :D
asnizaziz: hee, boleh jee
soli: tq :)
affuan: ikut la..nk gosok bleh, xnk pn bleh.
norhalizah: wc :)

Bella Hamdan said...

useful! tQ luqeem..:)

CikFF said...

tapi cane lau da ter'habit' gosok gg tiap kali mandi.. means dat kan petang tu mndi be4 maghrib.. hemm.. payohh tu.. >_<

Luqeem™ said...

bella: thank u :)

cikff: tu bleh trgolong dlm gosok gigi sbb nk pegi solat..:)

wrizuan.net said...

nice info..bagi yang dahtau jgn buat2 lupa hahaha:)

membina identiti blog

Sunah Sakura said...

btol2...makruh kalo lepas zuhur..

tia @ Ini Kisah Tia said...

sebab tu kena bangun awal pagi . boleh mandi awal-awal gosok gigi segala . ni tak .. kalau dah bangun tengahari macamana?

sergeant keroro said...

nice!! xD

p/s : lau tengahari baru bangun camne?

Luqeem™ said...

kalo bangun tgh hari ok la..x batal puasa XD..

klu gosok gigi tu xtau..

shaliza khairi said...

nice info! thanx share. ^^

salam ramadhan.

♥ p a a n i ♥ said...

info berguna.. :) serius taktau pun sebelum ni..thankss.

Luqeem™ said...

shaliza khairi: ur welcome..salam ramadhan too!

paani: thanks!

Awan Biru said...

Berus gigi selepas bersahur.

GaRy™ said...

dulu aq tak tau benda ni... family aq semua pun tak tau... tapi sejak aq masuk skola asrama, baru aq tau.. huhu... nice sharing bro~.. =)

ymanzz said...

thanx info...

Tea Dno said...

so jangan bagi alasan taknak gosok gigi ye. hahaha.

Luqeem™ said...

awan biru: yup2!

gary: ak pn dh lma gak musykil..huhu

ymazz: wlcome

tea: hahaha..tu smstinya

siti kektus said...

gosok gigi lepas sahur je. senang. hukhuk :p

Luqeem™ said...

@siti kektus yup betul :D

syarifahsidrus said...

nice info, kadang2 kalau dah tau pun ada je masanya terbuat jugak..heshh...
tinggalkan yang makruh~~~

Luqeem™ said...

@syarifahsidrus hee btul2..itu mgkin dia musykil je kot..

Freaky said...

info yang sangat menarik.. thanx share

Anonymous said...

Info yg sangat berguna tq