Hukum menonton wayang waktu puasa.

Monday, August 8, 2011

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam ramadan yang kelapan, sudahkan kita mencapai objektif kita sepanjang bulan ramadan ini? hanya ada 2 hari lagi sebelum rahmat menutup tirainya, dan mulanya pembukaan pengampunan. sungguh indah 10 hari pertama kita berpuasa, dengan pelbagai jualan makan di pasar ramadan, dengan rezeki yang melimpah ruah dan keindahan terawih.
______________________________________________________________________

Lari dari tajuk kejap, semalam lepas terawih aku terpandang iklan cowboy vs alien ni, peh memang best la tengok trailer dia. keluar 11 August ni. namun, tahukah hukum menonton wayang ketika puasa?

Syeikh Yusuf Al Qardhawi pernah ditanyakan soalan sebegini, jawab beliau:
Tidak syak lagi bahawa panggung wayang merupakan satu alat dari alat-alat pengarahan(directing) dan hiburan(entertainment), maka hal-ehwal (aktiviti) setiap alat ini dilihat samada digunakan untuk kebaikan atau keburukan. Maka ia diterima, dan tidak adalah masalah keatasanya. Maka hukum aktivitnya adalah menurut apa ia ambil dan lakukannya.
Dengan itu kami berpendapat bahawa pangung wayang : adalah halal dan baik, akan tetapi ia memerlukan dan meminta agar syarat yang dinyatakan wujud
Dengan itu kami berpendapat bahawa pangung wayang : adalah halal dan baik, akan tetapi ia memerlukan dan meminta agar syarat yang dinyatakan wujud
Syarat-syaratnya:
1. Tajuk dan isinya tidak boleh bertentangan dengan aqidah Islam, Akhlak dan Syariah. Ia tidak boleh mengandungi unsur seks, mengajak kepada jenayah, ajaran sesat dsbnya. 
2. Menonton wayang tidak menghalang seseorang itu dari melakukan perkara wajib, seperti solat 5 waktu. Tidak boleh seseorang itu meninggalkan solat wajib, contohnya Maghrib semata-mata untuk menonton wayang. al-Quran memberi amaran keras kepada sesiapa yang berpaling dari mengingati Allah. 
3. Elak dari bergaul diantara lelaki dan perempuan yang ajnabi (orang luar), elak dari fitnah dan juga bersyubhat, lebih-lebih lagi menonton didalam keadaan gelap.
Kesimpulannya, hukum tengok movie/filem waktu puasa adalah dibenarkan namun sekiranya kita melanggar antara ketiga-tiga syarat tersebut maka puasa kita akan terbatal. Wallahualam.

p/s: bagi aku, tak digalakkan tengok wayang waktu puasa, hilang pahala dan iman!
p/ss: nak tengok trailer Cowboy vs Alien?

Feeling curious yet? Like to share your point of view? Just comment ツ

Comments
19 Comments

19 Comment(s):

Afuan Shah said...

amboi3..semangatnya nak tgk movie..btw...tq 4 the info!

SITI NOORNADIYANA said...

nice sharing luqman. tapi, mmg byk movie genre yg mcm dlm syarat no 1 tu. huhu.

fatin syahirah :) said...

26 ni keluar FINAL DESTINATION 6! tapi dah nak raya sangat dah tuu -.-' adehh

saya cello191 said...

boleh batal puasa ke??
just curious..^^

Encik JI said...

sama je waktu puasa ke x. kalo dh mlggar btas islam, hukumnya tetap haram.

hehe

syarifahsidrus said...

bagus ni. nak elak semua tak, baik tak payah tengok je lah bulan puasa ni. tak salah untuk jaga kemuliaan ramadhan tu

Luqeem™ said...

@syarifahsidrus betul2..tak digalakkan..

sue perbs.. said...

puasa2 ni memg tk de feel nak tngk wyg..

Farhana Jafri said...

thanks share! rseny dlam cite tu msti ada adegan 18sx.. even sikit.. stndard la cite omputih.. kn3x?!! hik3

aiman said...

seeloknya.. tak yah la kita gi panggung bulan puasa ni.. kita g masjid surau :)

Anyyss Shuhaimi said...

owh..patut la mak penah cakap nak tengok wayang,lepas raya la.. :)

Miss Xyz =) said...

hikhik sye slalu kdg2 tgk kat youtube ke, xpun mintak filem tu drpd kwn.. hehe ^^

Bella Hamdan said...

betul tu, setujuju dgn p/s yg pertama :) bln puasa seharusnya dipenuhkan dengan amalan2 spttnya.. inilah peluang yang harus diambil..:)

Bella Hamdan said...

betul tu, setujuju dgn p/s yg pertama :) bln puasa seharusnya dipenuhkan dengan amalan2 spttnya.. inilah peluang yang harus diambil..:)

nurul said...

xberani pergi wayang..hu2

asnizaziz said...

takpelah tak rugi pun tak dapat tengok wayang >.<

Unna said...

wah, tq for da info! erm senang senang, tayah tengok wayang. haha

Iffah Afeefah said...

tp elok tak payah g kan

nurkaloi said...

info ni ramai yg tahu
tp still wat tak tahu
hehehehe

oke cowboy vs alien kaloi tak tgok lagi
eghh bulan puase lg bz....
ape pun tak boleyh